Pages

Wednesday, July 28, 2010

Bp 187/114

Baru-baru ini saya telah menerima rawatan untuk penyakit darah tinggi yang dihidapi. Bp yang tinggi sekitar 187/113 menyebabkan saya telah di minta menjalani pemeriksaan setiap pagi selama 4 hari berturut-turut. Pada hari yang kelima bacaan Bp hanya turun setakat 151/100 sahaja. Justeru daripada perbincangan dengan doktor yang merawat saya disahkan mengidap penyakit darah tinggi. Tak sangkalah pulak, kerana sebelum ini tiada tanda-tanda saya mengidap penyakit yang amat berrisiko ini. Walaubagaimanapun saya bersyukur kerana penyakit ini dapat dikesan lebih awal dan mengambil langkah-langkah pencegahan, walaupun pada awalnya saya hanya ke klinik untuk mengambil ubat sakit perut dan mc..tetapi oleh kerana prosedur di klinik b.baharu mewajib setiap pesakit menjalani pemeriksaan Bp maka dapatlah penyakit sy ini dikesan..saya nak ambil kesempatan ini ucapkan terima kasih kepada semua jururawat dan doktor.
Sekarang dah tak makan daging, ayam pun dah kurang , lebih banyakkan ikan. 3 hari berturut-turut dok makan ikan rebus sahaja.

No comments:

Post a Comment